♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥

♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥
♥ Walau kekadang sesuatu perkara kita pandang hanya sebagai satu susunan..... tapi ternyata susunan itu kekadang amat mempengaruhi emosi kita secara tidak langsung.....hmmm pelikkan????? ♥♥................ (✿◠‿◠)..............♥♥

SiJantungHatiku....

SiJantungHatiku....
jika kusedih...jika kusakit...jika kuterluka... dialah penghiburku yg "SETIA...." disisiku selamanya...

KisahkU...

Foto saya
Lumut, Perak, Malaysia
***~berhati-hati dengan kata-kata... kerana kata-kata yang terkeluar dari mulut, tak akan boleh ditarik balik... telinga yang mendengar kata-kata akan terus masuk kehati... hati yang merasa akan melekat di ingatan, ingatan yang tak akan melupakan... akan sentiasa bermain diminda... minda yang memikirkan akan mengeluarkan kata-kata juga... kemudian bertindak dengan perbuatan..~***

Jumaat, 3 Jun 2011

"Perkataan Syukur Yang Dilupa"

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!
Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah
dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang
Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu?
Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat
kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita
gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita
marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat,
penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-
Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai
nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita
mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika
berpakaian dan kerana Allah Ta'ala? Adakah kita berhias mengikut
cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), 
tetapi kadang-kadang kita terlupa,
terlebih berhibur, lalai dan leka..
Fikirkan, kita hidup di indonesia.. negara yang aman daripada
peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur
dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata.
Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita
bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-
Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu
dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan lengah dengan nikmat Allah
yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita
lupa nak ucapkan:


"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang
Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"
Kadang-kadang kita lupa untk berterima kasih kepada Allah dengan
cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, "Kenapa aku tak
dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!"
Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah
itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk
hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya
meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan
kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang
menciptakan alam ini.. Na'uzubillah..
Sahabat-sahabat sekalian,
marilah kita muhasabah diri masing-masing..

Tiada ulasan:

BuahHatiku...sayanG....

BuahHatiku...sayanG....
ibU sayanG kakaK....