♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥

♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥
♥ Walau kekadang sesuatu perkara kita pandang hanya sebagai satu susunan..... tapi ternyata susunan itu kekadang amat mempengaruhi emosi kita secara tidak langsung.....hmmm pelikkan????? ♥♥................ (✿◠‿◠)..............♥♥

SiJantungHatiku....

SiJantungHatiku....
jika kusedih...jika kusakit...jika kuterluka... dialah penghiburku yg "SETIA...." disisiku selamanya...

KisahkU...

Foto saya
Lumut, Perak, Malaysia
***~berhati-hati dengan kata-kata... kerana kata-kata yang terkeluar dari mulut, tak akan boleh ditarik balik... telinga yang mendengar kata-kata akan terus masuk kehati... hati yang merasa akan melekat di ingatan, ingatan yang tak akan melupakan... akan sentiasa bermain diminda... minda yang memikirkan akan mengeluarkan kata-kata juga... kemudian bertindak dengan perbuatan..~***

Sabtu, 30 Mac 2013

*** Saya & sekeping 'HATI'... ***


' Pisau yang ditikam disembuhkan hanya SEKEJAP...
tetapi...Jika 'HATI' ditikam dengan ayat yang menyakitkan...mengambil masa selama-lamanya untuk disembuhkan 'KEMBALI'.. '


' serahkan 'HATI' kepada 'MANUSIA'...manusia seringkali 'MELUKAInya'...tetapi, serahkan 'HATI' kepada "ALLAH'...Dia pasti akan mengubatinya...'


kini....aku belajar untuk KEBANGKITAN kembali diatas kegagalan masa laluku...
'aku terima seadanya kesusahan Dunia yang sementara, dalm menegakkan keBENARan untuk terLEPAS dari kesusahan Akhirat yang berKEKALan...'


Jumaat, 29 Mac 2013

**Ya Allah...Ya Tuhanku..***


Ya Allah...jika ini sebuah kesalahan,hilangkanlah harapan ini...lenyapkanlah rasa ini. Tengggelamkanlah ia bersama airmata yang pernah jatuh kerananya.

Jika ini sebuah kesalahan 'RASA'...
*tinggalkan keBENCIanku bersama pemergiannya..
*tinggalkan rasa SESALku bersama ketiadak-adaanya
*tinggalkan rasa ini Ya Allah...


Jika ini adalah sebuah keSALAHan...kenapa Engkau terus biarkan hati ini terus mengharapnya..
tidakkah Engkau merasa dengan Makhluk-Mu yang 'HINA' ini...bagaimana aku akan merasa erti hidup...bayangannya yang selalu merasukiku semakin 'MATI'. Bagaimana aku akan terus melangkahkan kaki aku...Bayangannya selalu menjadi kerikil penghalang yang tak pernah ku inginkan...Bagaimana aku harus menjalaninya Ya Allah...Jika ini adalah sebuah 'KESALAHAN'..


tidak aku peduli berapa banyak 'TASBIH' yang kuhabiskan unttuk menghilangkannya...Engkau membuatku semakin dekat dengan dirinya. Tidak peduli berapa banyak 'AL-FATIHAH' yang kuucap untuk menebus ke'IKHLASan-Mu'...
** ke'IKHLASan...yang datang menemuiku...
** ke'IKHLASan...yang ingin kkudapatkan 'REDHA' dari-MU Ya Allah...
** ke'IKHLASan...akan kepergiannya...atas diriku.


Ya Allah...jika sebuah ke'SALAH'an...tunjukkan kepadaku...ke'BENARan atas 'TAKDIR-Mu'...


Dan..jika rasa ini hanya sebuah ke'SALAH'an...ambil 'NAMAnya' dari hidupku & 'HATI'ku...Gantikan dengan sese0rang yang Engkau 'CINTAI' sebagai hamba-Mu...dan berikan atasku hati yang 'REDHA' dengan ke'IKHLAS'an untuk selalu menerimanya...atas 'IZIN' & 'REDHA'-Mu...
Sesungguhnya aku tidak mengetahui ke'BAIK'an & ke'SALAH'an ini...'DIA'...dalam hatiku...hanyalah sebuah 'KESALAHAN''''dalam kehidupanku selama ini...Subahanallah...


Isnin, 25 Mac 2013

~ Hikmah disebalik AIRMATA ini..~

Al-hamdulillah...sangat2 gembira...mungkin Hikmah disebalik airmata derita hidupku selama ini.  Aku tahu Allah xpernah biarkan aku sendiri mengharungi dugaan hidup diDunia ini... disaat aku kesulitan..hanya Allah tempat aku mengadu & mem0h0n...
kekuatan aku mungkin rebah kerana kesilapan aku dimasa lalu, tapi aku tetap terpilih untuk menerima Dugaan & Ujian kehidupan ebagai Hamba-Nya. Aku bangkit dari kesilapan masa lalu...aku cuba merenung setiap inci kelalaian aku, aku cuba untuk melawan semua penghinaan & cacian untuk aku..aku jadikan semua itu sebagai Kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan disisi-Nya.."KEBANGKITAN SEORANG WANITA..."..itulah aku..
dan hari ini aku bisa menjadi se0rang Wanita yang punyai kekuatan untuk kebangkitan dari kesilapan & kelalaian masa lalu..untuk insan yang pernah menghancurkan lumatkan hati & perasaan aku, aku amat2 berterima kasih & aku sanjung tinggi...kerana itu adalah hadiah untuk hidup aku kembali menjadi "MANUSIA" yang lebih tahu untuk menilai sifat insan yang xpernah untuk tahu apa itu erti "KESETIAAN, KASIHSAYANG & CINTA sesama manusia"...sesungguhnya dialah insan yang paling rugi, kerana telah menghancurkan kehidupan 0rang lain demi kepentingan diri sendiri.. Dan aku tersangat2 mensyukuri diatas kejadian yang telah Allah hadiahkan untuk aku...untuk mengajar aku apa itu tentang "CINTA, KASIHSAYANG & KESETIAAN" sebagai seorang yang bernama manusia.
orang selalu diuji Allah...hidupnya akan sentiasa disisi Allah..

.................................................................

Wahai hatiku...
adakah kau dan aku kini TENANG..?
adakah kau dan aku ada lagi DOSA..?

Wahai Jiwaku...
adakah kau dan aku merasa BERSALAH..?
adakah kau dan aku dapat MENGHINDARINYA...?

Wahai Diriku...
adakah kau dan aku akan BERPISAH..?
adakah kau dan aku sudah BERSEDIA..?

Wahai Aku...
adakah aku sudah cukup AMALAN..?
dimanakah tempat aku nanti disisi TUHANKU..?
bagaimanakah  Hisabku nanti timbanganku ILLAHI...?
berapa jauhkah perjalananku nanti diTITIAN SIRAT..?
pernahkah ini yang difikirkan olehkku...?

" SYURGA atau ke NERAKA.."

Subahanallah...aku ttidak sanggup untuk menghitung semua itu diDunia ini, keran aku terlalu takut bila memikirkan tentang  NERAKA....

..........................................................

hari ini aku mampu untuk tersenyum lebar...
disebalik PENDERITAAN hidup aku..
kegagalan aku digantikan dengan sesuatu yang mampu buatkan hidup aku terlalu BERHARGA...
sesungguhnya Allah sentiasa disisi Hamba-Nya yang SABAR saat diuji..
aku akan pergi jauh dari insan2 yang pernah menghancurkan hidup aku...dan aku xkan kembali lagi untuk melihat sandiwara insan2 yang sanggup menghancurkan kehidupan aku & anakku.. aku akan berhenti untuk menjadi penonton untuk lakonan insan2 yang pernah singgah diruang mata ini...ianya akan aku tinggalkan tanpa meninggalkan sedikit kesan sekalipun...setiap kenangan yang tersimpan, akan aku pulangkan kepada yang lebih berhak, walaupun terpaksa hadapi pertelingkahan sekalipun... kerana bagi aku semua kenangan itu  perlu dipulangkan untuk aku memulakan kembali kehidupan aku yang penuh penderitaan...agar permulaan yang akan aku melangkah nanti, biarlah setiap langkahku nanti tiada lagi bebayang hitam DOSA yang lalu...kerana aku yakin dengan Takdir Allah...setiap hamba-Nya yang SABAR...pasti ada ganjaran-Nya yang menanti dihadapan sana...
"BANGKITNYA SEORANG WANITA"..

..................................................
"HARI INI AIRMATA KESYUKURAN AKU TITISKAN...
~ JANGAN TANGISI MEREKA YANG MENINGGALKANMU DEMI ORANG LAIN, 
JIKA MEREKA CUKUP BODOH MELEPASKANMU...DAN AKU HARUS CUKUP PINTAR UNTUK MELUPAKANMU..
SETIAP ORANG PUNYAI MASALAH. LEBIH BAIK MENCARI MASALAHMU DARIPADA MEMBANDINGKAN MASALAHMU DENGAN ORANG LAIN.KADANG KAMU BERTEMU SESEORANG YANG SANGAT BERERTI DALAM HIDUPMU HANYA UNTUK MENYEDARI PADA AKHIRNYA KAMU HARUS MELEPASKANNYA. FIKIRKAN APA PUN YANG AKAN KAMU UCAPKAN...KERANA SETIAP UCAPAN YANG KELUAR DARI MULUTMU...XKAN BISA KAMU TARIK KEMBALI..CINTAI APA PUN YANG ADA DIDUNIA DENGAN SEWAJARNYA...KERANA APA PUN YANG ADA DIDUNIA INI TIADA YANG ABADI...
BELAJAR MEMAHAMI BAHAWA TIDAK SEMUA KEINGINAN AKAN TERCAPAI..MUNGKIN UBAT TERBAIK UNTUK MENCEGAH KECEWA & SAKIT HATI... JANGAN PERNAH MELEPASKAN APA PUN YANG TELAH KAMU MILIKI, KERANA MUNGKIN YANG KAMU MILIKI ITU SANGAT DIINGINKAN ORANG LAIN. SELALU LAKUKAN KEBAIKAN DENGAN CARA TERBAIK...KERANA DENGAN CARA ITULAH.....
"KEDAMAIAN AKAN TERCIPTA.."
LEPASKAN ORANG YANG KITA SAYANG HANYA KERANA ALLAH...KERANA KITA PERLU YAKIN DENGAN TAKDIR ALLAH JUA..JIKA DIA SUDAH DITAKDIRKAN MILIK KITA, DIA PASTI AKAN KEMBALI JUA...WALAUPUN DIALAM LAIN.."
SUBAHANALLAH..



Khamis, 21 Mac 2013

My Birth sayang..16hb March 2013..




insan yang sentiasa berada disisiku saat suka & duka..walau masih mentah tentang hidup, anak ini tahu untuk menilai apa itu tentang kehidupan didunia ini. Hati insan mentah ini sentiasa disakiti & dicarik2 tanpa belas kasihan langsung. Hidupnya dipersiakan 0leh manusia yang tidak berhati perasaan. jangan diingat insan kecil ini xsakit bila dipersiakan oleh manusia yang kejam... Insan kecil ini menaruh harapan yang tinggi terhadap seseorang...setelah hidupnya dimusnahkan olehnya insan yang sepatutnya...
kesakitan yang aku tanggung, Insan kecil ini lagi hebat menanggung kesakitan itu..Subahanallah...tidak sanggup & tidak mampu untuk aku menanggunngnya lagi. kucuba merawat hati insan kecil ini, walau hati aku cukup2 terluka & terhiris dengan kehidupan yang aku lalui lagi. 


walaupun hanya berdua..tapi ia sungguh bermakna dlm hidupnya..

kek karemel c0klat...aku pun xsempat nk rasa..



tersenyum disaat aku buat kejutan untuk dirinya..



menu :- Nasi ayam special



cheezy wedgets buatanku sendiri..sungguh lazat...sehingga menjilat jari...

d0raem0n nak lari....terkejut teng0k Tasya yang cute..huhuuu



Saya sayang HATI saya Saya tak akan biarkan HATI saya terluka Saya janji akan jaga HATI saya sebaik mungkin Saya tak akan buat HATI saya menangis Saya terlalu mencintai HATI saya Seandainya HATI saya terluka Saya janji akan rawat kembali HATI saya Saya akan buat HATI saya berdegup indah Saya akan hapus derita di HATI saya In Shaa Allah, Saya akan mencintai pemberian TERINDAH ini Terima kasih Ya ALLAH atas anugerah TERNILAI ini


~ Al-hamdulillah...Syukur kepad-Mu Ya Allah..~


hati aku tersenyum girang...bila aku diberikan mimpi...cincin ini telah berada ditangan ses0rang yang lebih berhak dari aku...Yang pastinya sese0rang yang berhak itu punyai nilai "Harga diri yang tinggi....Maruah diri yang terlalu Mulia"..
Al-hamdulillah...aku d0akan sem0ga sese0rang yg memiliki cincin ini sentiasa menjaga "Harga diri & Maruah" sebagai manusia...aamiiin...

Ahad, 10 Mac 2013

biar la mendung itu pergi..biarla ia jauh.. krn mendung itu biasany hujan pula akn menyusul.. jika hujan mula turun..sukar utk reda dgn cpt~~ ex: seperti di pantai timur..bila hujan blh mnyebabkn bnjir.. bila dh bnjir..sush utk surut..sbb skrg musim bulan tengkujuh (kata org pantai timur) begitu jgk ht.. tp bgusny ht kita jika mmpu membahagiakn org len shgga snggup mgorbankan prsaan ht u diri sndiri.. mampu kah kita?:-) sama2 kita fkir~

Pada hari ini, dunia sentiasa di penuhi dengan warna – warni ukhuwah dalam kehidupan seseorang manusia. Namun adakah kita mengerti apakah yang di maksudkan dengan ukhuwah itu sebenarnya? ukhuwah menurut imam Hasan al-Banna ialah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan akidah iaitu Islam. Ukhuwah bukanlah sesuatu yang boleh diada-adakan mahupun sesuatu yang boleh diwarisi tanpa memenuhi syarat-syaratnya yang tertentu. ...... Kesimpulannya dalam berukhuwah kita memerlukan dua elemen ini iaitu ukhuwah haruskan di cari serta di bina atas dasar syariat islamiah kerana ALLAH. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tidak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur, bertanya khabar, tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya...... . Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim) sekadar renungan bersama......TERIMA KASIH

cinta itu bahagia tap imenyakitkan,saat kita mencintai,kita bahagia. saat kita cemburu kita terluka... "Cinta tak harus memliki..." itu bohong. semua orang ingin memiliki bahkan terkadang merasakan harus memilik. "Dengan melihat orang yang di cintai bahagia,kita pun bahagia,"itu juga bohong... kita harus juga bahagia, di saat kita sakit,itu mengajarkan kita untuk menjadi munafik "lebih baik di cintai dari pada mencintai,"itu salah...!!" saat kita di cintai kita hanya merasa bangga,namun saat mencintai, kita dapat merasakan arti bahagia yang sesungguhnya. INGAT..... dalam cinta kadang kala janji tak selalu ditepatii.... namun bukan selalu tak saling mencintai ia umpama Seperti malam pada hari yang tak selalu hadirkan kan bulan Seperti mendung pada bumi yang tak selalu janjikan hujan seperti Ombak pada pantai yang tak selalu janjikan pasir Seperti kalimat pada telinga yang tak selalu janjikan nada begitu juga aku insan yang biasa tak selalu janjikan kamu kebahagian......

Assalamualaikum siapa cakap zaman sekarang senang nk dpat kawan? saya tak nafikan kawan mmg penting dalam hidup kita. you can get as many as you want if you think you're friendly enough.tapi yakin ke kita yg kwn tu sentiasa ada dgn kita waktu kita susah atau senang? kwan ni mcm-mcm jenis ada.yg sekejap ada sekejap takde.kawan baik.kawan biasa.kawan susah dan senang.kawan waktu senang saje pun ada.senang ckp macam macam ada.nak cari kawan yg betul betul kawan bukan mcm beli topup kat kedai tepi jln.mintak je berapa nak, bayar then terus dapat. ..... Anyway....nak berkawan takpe.tapi berpada pada lah.jgn terlalu rapat sampai hati sendiri terluka.yg penting diri kita sentiasa perbaiki diri utk menjadi seorg kwn dan sahabat yg lebih baik on the future.amin ^_^renung-renungkan lah ye........ —

Cintaku hanya untukmu Oh Ilahi…. Daku jatuh lagi.. Tapi Engkau bangkitkan diriku.. Mengajar untuk x pernah putus asa.. Dalam mengejar redhaMu.. Melihat wajah zatMu yang tiada tara.. Rindunya pada Mu Ya Allah….. Ya Allah.. Engkau tuntunlah daku.. Agar kalimah syahadah di bumi ini.. Trpacak kembali, Megah brkibar panji ad-Deen.. Kian semarak semangat jihad.. Mengerti akan sebuah.. Keindahan agama yang syumul.. Ya Rabb… Kurniakanlah kami taufik dan hidayatMu.. Agar x pernah kami terpesong dr jalanMu.. Menuju destinasi abadi.. Ku serahkan diriku hanya padaMu.. Jangan pernah Engkau serahkan diriku, Pada diriku.. Walau sekelip mata.. Perbaikanlah urusanku Ya Ilahi.. Ya Rahman.. Perasaan cinta itu adalah satu fitrah.. Tapi ku x mahu jatuh! Tapi ku x mahu terleka! Dari mengingatiMu yang Satu.. Cintaku hanya untukMu Ya Allah………. Redhakan lah hambaMu ini.. Yang hanya memohon maghrifah dariMu.. Ya Rahim.. Engkau tetapkanlah hati ku ini.. Hanya untuk menyintaiMu.. Dan ku serahkan jiwaku untuk berjihad.. Agar syahid menjadi pengakhiranku nanti… ~Sesungguhnya amal,hidup dan matiku hanya untukMu..bimbinglah diriku agar kata2 ku sart dakwah..peribadi RasuluLlah yg mnjadi ikutan..jadikanlah aku srikandi mujahidahMu agar cintaMu bakal menghiasi hariku..hanya itu yg ku minta..Ampunilah dosaku,kedua ibu bapaku dan seluruh ummah Islam Ya Allah..masukkanlah kami ke dalam Taman Hijau FirdausiMu dan peliharalah kami dari seksa kubur dan azab api neraka..Amin Ya Rabbal Alamin………

Ya Allah..... begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi,Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku,Kenapa susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa, Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w,kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain,Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam,Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah,Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah,Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu,Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku,Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku,Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya,Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" Renunglah melalui mata hati mengenai siapakah kita di sisiNya...T_T Mge kita berada dalam kalangan yang memperoleh perhatian dan kasih sayangNya..

Ruangan itu sunyi, hanya aku yang ada, suram pada penglihatan, tapi hatiku tidak begitu. Bukan selalu aku begini, kadang-kadang saja, tatkala ada rasa pada hati, ada cinta menekan-nekan jiwa, begitulah aku, terkadang aku merasa, terkadang aku terlupa untuk merasa lagi. Kali ini, rasanya lain macam, pedihnya menusuk-nusuk, sesaat aku merintih, sesaat aku tersedu, sesaat aku merenung, aku kian kelam dengan permainan emosi ini. Yakin dan percaya, aku terus yakin dan percaya, pada sesuatu yang amat boleh diyakini, yang aku, kamu, kita semua percaya, percaya bahawa ‘hadiah’ ini bukan semua hati yang mampu merasa, bukan semua yang terpilih, hanya yang mahu, mencari dan dicari sahaja diberi rasa. Di ruangan itu, aku menyungkur sujud, menangis semahunya, meluah semahunya, aku risau dan aku gelisah, jika aku terlupa dan terleka, aku takut andai ‘hadiah’ itu ditarik balik, aku risau jika aku tidak pandai menjaga ‘hadiah’ itu sebaiknya, aku gelisah andai aku tidak selayaknya lagi merasa ‘hadiah’ itu. Jangan! Jangan ambil hadiah ku! Aku rayu dan aku pohon, Pohon dengan sangat, rintihku mendayu kini. Aku menangis lagi. Mencari kekuatan di sebalik tangisan. Allah. Jiwaku kembali tenang. Perlahan dalam sedu, ku tuturkan doa ini lagi dan lagi, “Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”

Dalam Kehidupan Kita sentiasa Berusaha untuk beroleh Kesenangan Kita sentiasa Berusaha untuk mencapai Kebahagian Kita sentiasa Berusaha agar baik Kesihatan Kita sentiasa Berusaha untuk mendapat Kejayaan Kita sentiasa Berusaha untuk menghindari Kecelakaan Dan kadang kita mampu meraih Semua yang diusaha, dihasyratkan Dan kita mengharap agar ia terus Berkekalan Namun tika sepanjang Kehidupan Kita tak mampu untuk menghalang hadirnya juga Kesusahan Kita tak mampu untuk menghalang hadirnya juga Kesedihan, Keresahan, Keretakan Kita tak mampu untuk menghalang hadirnya juga Kesakitan Kita tak mampu untuk menghalang hadirnya juga Kegagalan Kita tak mampu untuk menghalang hadirnya juga Kecelakaan Menunjukkan betapa Lemahnya kita sebagai hamba Tuhan Yang serba Kekurangan Segala yang kita Usahakan Allah berkuasa memberi, menunaikan, menyekat, menghalang, menghapuskan Perlunya kita kembali pada Tuhan Berdoa memohon Keampunan Tidak lalai, leka dengan Nikmat yang diKurniakan Tidak derhaka pada Ketetapan Tidak cenderung pada Kejahatan, Kezaliman Marilah kita mendengar Seruan Meyakini yang diKhabarkan, diJanjikan Walau kadang memang banyak, besar Ujian Namun disebalik itu sebenarnya wujud Kemanisan, Ketabahan, Kekuatan yang berlainan Hasil bila dijaga, dipelihara, diyakini Hukum Tuhan Dan Pasti tiada lagi yang diRisaukan Hanya Syurga diImpikan

Syukur Jika kita dilahir dan dibesarkan dalam keadaan senang. Ada kemampuan dan sentiasa cukup dan mudah keperluan untuk segalanya. Ada ramai yang sangat jauh beza seperti kita. Jagalah dari sesekali hina dan rendahkan orang. Jangan ingat semua orang mampu dan mudah macam kita. Yang susah itu diuji dengan kesusahannya. Yang senang itu diuji dengan kesenangannya. Untuk merasa syukur dan tidak ego. “Kerana dari orang senang, asyik berkawan dengan orang senang, asyik bersembang tentang hal-hal kehebatan dunia. Kita lupa untuk bersyukur, rasa ego dengan tercapainya usaha kita. Merendahkan orang dengan sebab kelemahan, kekurangan dan ketidakmampuan orang lain”. .. sekadar renungan petang buat kawan2 disana.....Alhamdulillah....jumpa lagi kita dialam maya ini....

BuahHatiku...sayanG....

BuahHatiku...sayanG....
ibU sayanG kakaK....