❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤• T’kdg t’Ucap dOsa dlm tawa,t’besit lUka dlm caNda,t’liNtas keaNgkUhaN dlm seNyUm…mOhON maaF ataS segala saLah & kHiLaF… QasehWardah3477.. Pape pn statUs sy,sy ttp keNa tampil dgN beraNi…biarlah maNUsia yg sUka m’beZa2kN sesama maNUsia,tp iNgatlh “QasehWardah…awk ttp sama disisi “Allah..S.W.T..”.sy sbg HambaNya harus Redha dgn keTentuanNya..
♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥
SiJantungHatiku....
KisahkU...
- Qaseh Wardah
- Lumut, Perak, Malaysia
- ***~berhati-hati dengan kata-kata... kerana kata-kata yang terkeluar dari mulut, tak akan boleh ditarik balik... telinga yang mendengar kata-kata akan terus masuk kehati... hati yang merasa akan melekat di ingatan, ingatan yang tak akan melupakan... akan sentiasa bermain diminda... minda yang memikirkan akan mengeluarkan kata-kata juga... kemudian bertindak dengan perbuatan..~***
Ahad, 10 Mac 2013
Ruangan itu sunyi, hanya aku yang ada, suram pada penglihatan, tapi hatiku tidak begitu. Bukan selalu aku begini, kadang-kadang saja, tatkala ada rasa pada hati, ada cinta menekan-nekan jiwa, begitulah aku, terkadang aku merasa, terkadang aku terlupa untuk merasa lagi. Kali ini, rasanya lain macam, pedihnya menusuk-nusuk, sesaat aku merintih, sesaat aku tersedu, sesaat aku merenung, aku kian kelam dengan permainan emosi ini. Yakin dan percaya, aku terus yakin dan percaya, pada sesuatu yang amat boleh diyakini, yang aku, kamu, kita semua percaya, percaya bahawa ‘hadiah’ ini bukan semua hati yang mampu merasa, bukan semua yang terpilih, hanya yang mahu, mencari dan dicari sahaja diberi rasa. Di ruangan itu, aku menyungkur sujud, menangis semahunya, meluah semahunya, aku risau dan aku gelisah, jika aku terlupa dan terleka, aku takut andai ‘hadiah’ itu ditarik balik, aku risau jika aku tidak pandai menjaga ‘hadiah’ itu sebaiknya, aku gelisah andai aku tidak selayaknya lagi merasa ‘hadiah’ itu. Jangan! Jangan ambil hadiah ku! Aku rayu dan aku pohon, Pohon dengan sangat, rintihku mendayu kini. Aku menangis lagi. Mencari kekuatan di sebalik tangisan. Allah. Jiwaku kembali tenang. Perlahan dalam sedu, ku tuturkan doa ini lagi dan lagi, “Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan