♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥

♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥
♥ Walau kekadang sesuatu perkara kita pandang hanya sebagai satu susunan..... tapi ternyata susunan itu kekadang amat mempengaruhi emosi kita secara tidak langsung.....hmmm pelikkan????? ♥♥................ (✿◠‿◠)..............♥♥

SiJantungHatiku....

SiJantungHatiku....
jika kusedih...jika kusakit...jika kuterluka... dialah penghiburku yg "SETIA...." disisiku selamanya...

KisahkU...

Foto saya
Lumut, Perak, Malaysia
***~berhati-hati dengan kata-kata... kerana kata-kata yang terkeluar dari mulut, tak akan boleh ditarik balik... telinga yang mendengar kata-kata akan terus masuk kehati... hati yang merasa akan melekat di ingatan, ingatan yang tak akan melupakan... akan sentiasa bermain diminda... minda yang memikirkan akan mengeluarkan kata-kata juga... kemudian bertindak dengan perbuatan..~***

Isnin, 21 Januari 2013

~ WARKAH BUAT HAWA ~

HAWA...
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-Din Allah.

HAWA...
Andai engkau belum berahwin, jangan engkau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan Muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

HAWA...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui kelayuannya, kemanjaannya ...serta kemampuannya menggoncang iman lelaki, Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui Akhlaknya, Peribadinya dan yang penting pegangan Agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu,HAWA....
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah Akhlakmu, kuatkan pendirianmu...
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu...cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua Ibu Bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA...
Cintailah AAllah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua Ibu Bapamu kerana kau akan perolehi keRedhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahaagia dari cinta keluarga.

~ Janganlah tangan yang menggonccang dunia juga menggoncang iman lelaki...~
~ Gemerlapkan hatimu dengan Cinta Allah & Cinta Rasulallah ~

by:- MUSLIMAH08




Tiada ulasan:

BuahHatiku...sayanG....

BuahHatiku...sayanG....
ibU sayanG kakaK....