Tercoret tinta ini memadahkan rahsia qalbu. Hati...tidak siapa tahu.
Tidak siapa mengerti, disimpan juga tidak membawa makna. Kepada yang Hati ia
berbicara. Melagukan bicara yang terkadang sumbang lakunya. Bicara pada manusia
juga tidak mengurang resah.
HIDUP ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.

UJIAN...
Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk
melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam,
tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan
kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan
Allah. Memanusiakan seorang manusia!
CINTA...
Manusia dihidupkan atas cinta. Cinta itu meluas. Cinta kepada Allah,
kepada Rasul, kepada ibu bapa, kepada suami, kepada isteri, kepada sahabat.
Malangnya cinta yang pernah dijumpai telah disempitkan dan tersepit oleh
kurangnya faqih akan hakikat cinta. Cinta itu setia, jujur, kasih sayang,
rindu, doa kebahagiaan. Benihlah cinta yang meniti atas dasar iman. Akan
redhalah Allah pada cinta itu. Namun sayang seribu kali sayang, cinta itu
tercalar keluhurannya. Terselit pengkhianatan, ketidakjujuran... dan akhirnya
perpisahan... Yang meninggalkan mencari pengganti. Segala janji terlupus begitu
sahaja. Ingatlah bahawa roda kehidupan ini sentiasa berputar. Hari ini kita
mengkhianati. Esok mungkin kita dikhianati. Hari ini kita mencipta luka di hati
yang lain, mungkin esok hati kita pula yang terluka.
SABAR...
Bukan mudah untuk memahami erti sabar apatah lagi untuk melakukannya.
Saat derita menjengah rasa, seakan kita sahajalah yang derita. Kita sahajalah
yang terluka. Duka itu milik kita. Sedih itu juga milik kita, sehingga kita
terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg lainnya. Nikmat Allah yang begitu
melimpah ruah jarang disyukuri tetapi bila didatangkan ujian, melaralah
sekeping hati. Itu sahaja yang diingat-ingatkan. Demikianlah resam insani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan